Sunday, September 6, 2009

Biotriba untuk tanaman anda

Biotriba sangat sesuai untuk tanaman anda, tidak kira tanaman sendiri atau untuk dijual.
( Lada, tembakau, kubis, tembikau, vanila, padi, buncis, dan banyak lagi. )

Cara penggunaan yang efisyen:

  1. Pilih benih yang bagus dan asingkan dari benih-benih yang tidak bagus.
  2. benih-benih yang telah dipilih hendaklah dibersihkan dengan menggunakan air bersih
  3. benih-benih itu kemudian direndam ke dalam campuran biotriba + air (1 : 10 ) bersamaan dengan 100ml biotriba dicampur dengan 1liter air.
  4. biarkan selama 20-30 minit.
  5. dicadangkan untuk prestasi maksimum, lubang tanaman diberi kompos biotriba atau organo triba. ( untuk membuat kompos biotriba memerlukan 250ml biotriba + air ( bergantung kepada kepekatan ) + 500kg baja kompos ( baja cacing, najis lembu kering, dan lain-lain. )
  6. kemudian benih yang direndam tadi ditanam dalam lubang yang dibuat, dikambus dan di letakkan kompos biotriba disekelilingnya sebanyak 25-50gram selubang.

semoga berjaya.
sebarang pertanyaan boleh diajukan.
terima kasih.

Sunday, August 16, 2009

Cara Penggunaan Biotriba Formula Untuk Tanaman




Vanila


Untuk tanaman vanila, 10 mililiter (ml) biotriba formula boleh dilarutkan dalam 1 liter air bersih.

Cara :-

1. larutkan biotriba formula dan disembur ke sekeliling kawasan perakaran pokok

Rujukan, Mikaz Vanila http://mikaz-vanila.blogspot.com/ , pelanggan tetap biotriba formula untuk tanaman vanila.

Cili, Jagung,

Cara :-

1. biji benih direndam selama 20 - 30 minit, lalu ditanam.

Biotriba - Formula Terkini Untuk Petani Moden




Pengenalan

Bio-TRIBA ialah produk bio-dekomposer / bio-pestisida yang mengandungi bahan-bahan aktif Bacillus pantotkenticus dan Trichoderma lactae.

Spesifikasi Bio-TRIBA

Bio-TRIBA merupakan satu formula cecair yang mengandungi dua jenis mikroorganisme iaitu Basillus pantotkenticus (Bp) dan Trichoderma lactae (Te), masing-masing dengan kepadatan populasi ±106cfu/ml dan ±104cfu/ml.


Kegunaan

Bio-TRIBA merupakan formula 4-in-1 dimana ia boleh berfungsi sebagai bio-pesticida, bio-dekomposer bahan organik, bio-fertiliser dan pestisida nabati. Bio-TRIBA mempunyai beberapa peranan dalam meningkatkan kesihatan/produksi tanaman seperti berikut:

  • Boleh mengawal dan menyekat serangan patogen tanah yang menyerang tanaman seperti: Fusarium oxysporum, Fusarium solani, Pythopthora, Pythium, Sclerotium rolfsii, Rigidoforud lignosis, Rhizoctonia solani (Bio-Pesticida).
  • Dekompos bahan organik seperti sisa pasar, sisa rumahtangga dan sisa kandang menjadi kompos/baja bermutu dalam masa yang singkat (Bio-dekomposer).
  • Semasa proses pengomposan Basillus dan Trichoderma menghasilkan beberapa metabolik sekunder yang dapat menghancurkan kulat patogenik dalam kompos (Bio-pesticida).
  • Basillus dan Trichoderma dapat meningkatkan kesihatan tanaman.
  • Menstimulasi pertumbuhan tanaman melalui penghasilan hormon akar, semasa proses pengomposan (Bio-fertiliser).
  • Ekstrak kompos Bio-TRIBA bersifat pertisidal (Pestisida nabati).
  • Memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah.
  • Mesra alam dan selamat terhadap manusia.

Cara Penggunaan

  • Bio-TRIBA boleh dilarut dengan konsentrasi 10 ml Bio-TRIBA dalam 1 liter air bersih (tanpa klorin). (1:100)
  • Untuk pemprosesan kompos sukatan adalah 250 ml Bio-TRIBA + 25 liter air bersih + 100 kg bahan organik. Disimpan 2 minggu sebelum menggunakannya.
  • Bio-TRIBA boleh digunakan untuk membuat baja organik dengan kadar 2 liter Bio-TRIBA dicampur 1 tan sisa kandang.
  • Bio-TRIBA dapat disiram pada pangkal pokok tanaman dengan kadar 10 ml/liter dengan kekerapan 3-6 bulan sekali untuk tanaman perenial dan 1-2 bulan sekali untuk tanaman anual.

Jangka Hayat Produk

1-2 tahun jika disimpan dalam suhu bilik dan tidak terkena sinaran matahari.


Harga

1 liter RM45.00 sebotol.

untuk pembelian melebihi 10 unit, harga boleh dirunding.

p/s: harga tidak termasuk kos penghantaran


Pertanyaan/Tempahan

sila e-mail kepada mypiju@gmail.com atau hubungi encik zaki 0193285253

 
piju's Profile on Ping.sg